Followers

Wednesday, July 22, 2009

MCCM MELAYU PERTAMA SEMENANJUNG






































Haji Jamaluddin sedang memberi ceramah
di Diamond Hall, Elken Head Office KL.



Setelah berusaha selama hampir 8 tahun, akhirnya pada SV6 2009 iaitu 21hb. Julai 2009 Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad diikhtirafkan sebagai MCCM (Million Crown Council Member). Dan dengan ini menjadikannya sebagai MCCM melayu pertama di Semenanjung Malaysia dan MCCM melayu kedua di Malaysia, Brunei dan Singapura selepas MCCM Abang Azman dan MCCM Dermatasiah(gambar kecil) dari Sarawak awal tahun yang lalu.

Dengan melakukan perkongsian Biopure RO dan produk MRT (health food), akhirnya menceburinya secara sepenuh masa dan kini bukan sahaja telah mempunyai rangkaian di hampir semua negeri di selatan semenanjung (Johor, Negeri Sembilan dan Melaka) tetapi juga mengembangkannya ke Singapura.

Semalam (22hb.Julai 09) adalah perkongsian pertama beliau selepas diikhtiraf sebagai MCCM. Dengan tajuk menetapkan matlamat, dengan kehadiran melebihi 400 orang menyebabkan kedua-dua dewan Diamond Hall dan Diamond Lounge menjadi hangat dengan semangat luar biasa warga Elken. Kehadiran yang sudah dijangkakan ini juga dihangatkan lagi dengan perlancaran produk terbaru Elken iaitu minuman isotonik KINGTON oleh Mrs Phang.
Seperti biasa harga promosi telah diberikan kepada mereka yang layak ke NLC dengan diskaun sebanyak 10 %. Produk yang telah berusia hampir melebihi 100 tahun itu telah berjaya di bawa oleh Elken selepas membuat kajian sejak 2 tahun yang lalu.

Selain KINGTON, intensif juga diberikan kepada mereka yang berjaya menjual pakaian pembentukan badan corpedereve lingirie. Juga diutarakan ialah Promotion Update terbaru dengan keluaran akan disingkatkan daripada 3-4 bulan kepada 2 bulan untuk promosi terkini. Ini sudah tentunya ditunggu-tunggu oleh semua warga elken.







































































































Keratan Akhbar ( Rabu, Julai 09, 2008)

Kerana CNI kami dapat RM1000 sebulan


DARI kiri, Dr. Noor Azmi, Jamaludin dan Murad memegang trofi atas kejayaan masing-masing.

--------------------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA - Jika 14 tahun lalu, Murad Basri, 38, tidak mampu untuk memiliki walaupun sebuah motosikal 'kapcai', namun kini selepas menyertai perniagaan jualan langsung produk kesihatan, beliau kini sudah mampu memiliki lebih daripada sebuah kereta mewah.

Dengan pendapatan lebih RM100,000 sebulan, Murad yang berasal dari Klang yang dulunya hanya bekerja di kilang membuat anak patung, tetapi sekarang sudah menjalankan perniagaan jualan langsung produk tersebut secara sepenuh masa bersama isteri.

"Saya tertekan dengan keadaan ketika itu dan bertekad mahu mengubah nasib, kemudian melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung produk kesihatan CNI dan hanya selepas dua tahun menyertai perniagaan berangkai itu, saya kini mampu memperoleh pendapatan tahunan lebih RM1 juta," ujarnya.

Murad adalah salah seorang daripada 91 peniaga jualan langsung yang menerima anugerah daripada Persatuan Jualan Langsung Malaysia di Pusat Konvensyen Sunway malam kelmarin.

Sementara itu seorang doktor perubatan, Dr. Noor Azmi Ghazali, 49, pula bertekad menyertai perniagaan jualan langsung produk Amway, kerana percaya dengan perniagaan tersebut dapat membantu meningkatkan taraf hidupnya selain membantu individu lain.

"Saya ada klinik sendiri, tapi bila keluar dari klinik, saya masih terfikir untuk membantu orang lain yang berharap menikmati kehidupan yang lebih selesa dengan cara menyertai jualan langsung," ujarnya yang kini memiliki pendapatan tahunan lebih RM100,000.

Selain pekerja kilang dan doktor yang melibatkan diri dengan jualan langsung, seorang juruaudit sebuah syarikat swasta Jamaludin Ahmad, 45, juga telah meninggalkan kerjaya itu dan serius dalam perniagaan jualan langsung sejak enam tahun lalu. "Tidak pernah terlintas di fikiran saya melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung ini, malah tidak pernah didedahkan pun. "Namun setelah menyertainya, saya tinggalkan kerjaya lama dan jadikan jualan langsung sebagai kerjaya terakhir dalam hidup saya," katanya yang menjalankan perniagaan jualan langsung produk Elken.



*Nota: Perbezaan Jutawan di Elken. Kebanyakan syarikat mengira kesemua bonus dan tabung untuk mengiktiraf seseorang pengedar sebagai jutawan mereka. Tetapi Pihak Elken hanya mengira wang sahaja tidak tabung. Bermakna jika seseorang itu jutawan di Elken, insyallah mereka adalah benar-benar J.U.T.A.W.A.N!

No comments:

Post a Comment